mimpi kena patuk ular~!

ada 1  hari ni ak tertidur...
punya la best....
tym 2 aku dah rasa pagi dah... cm jam 8 ...
apa yg ak mimpi adalah...

dlm satu rumah ni.. aku dan kakak aku,SAKINAH.. jalan2 lah... tiba2..
dia tunjuk kt satu meja ni...
bila aku berpaling ada ular .. terkejut aku...
terus ular tu mahu patuk aku...
awal2 tak dpt...
sebb abg aku tba2 dtg slmtkn aku...
dia cuba sdaya upaya dia...
tba2 ular 2 terlepas ... kakak aku pula dpt tngkp...

dipendekkn .... kkak aku x dpt kwl 2 ular... n then ular 2 terus patuk aku....
disebabkn terlalu terkejut...
aku terbangun...


bila aku cerita kn kt kkak ak... dia ckp aku mhu kna pinang... ala merepek aku ckp...
bila cp dgn mma aku pula,btl kena pinang tp petanda ular 2 x bagus la..


aku terkejut...
selang berapa hari kemudian aku cari kt internet...

pas 2 jmpa smthng...::::



:::
Ada antara kawan-kawan yang bertanya, jika mimpi dipatuk ular, adakah ianya bermaksud akan dilamar seseorang? Jika menurut orang-orang tua kita, jawapannye ialah iya. Tapi benarkan tafsiran orang-orang melayu nie? Masa maera kecik-kecik pun selalu dengar orang cakap macam tu. tapi sejauh mana kebenarannya? jika betul, mungkin kebetulan.



Dari segi tafsiran menurut islam, mimpi dipatuk ular atau mimpi berkaitan ular merupakan petanda yang tidak baik!! mimpi ular ditafsirkan kepada beberapa tafsiran menurut kiswahonline (ustaz hayat) kalau mimpi ular bermaksud:



1.Percakaran antara keluarga,anak2 dan isteri
2.Kemungkinan ada orang yang hasad dengki kepada anda
3.Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus
4.Musuh yang mempunyai harta
5.ular masuk rumah:Musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.
6.Bunuh ular:Anda berjaya mengatasi musuh anda
7.kena patuk:anda terkena musibah
8.Bunuh ular atas katil:isteri akan meninggal dunia.
9.Rumah penuh ular tetapi tidak takut:rumah anda musuh muslimin dan orang mengikut hawa nafsu
10.Ular mati:musuh anda akan musnah tanpa bersusah payah
11.Ular masuk ke rumah dan keluar begitu sahaja:musuh sebenarnya dari kalangn ahli keluarga sendiri





Faktor gangguan atau sihir nie, bukan 100% datang dari orang dengki atau bermusuh dengan kita. Ianya juga boleh datang disebabkan kesilapan atau kelalaian kita dalam hidup sehari-hari. Berikut ialah faktor gangguan :


1) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir


2) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: Terlalu marah.Terlalu takut.Nafsu syahawat yang tinggi.Manusia yang lalai.Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa


Jadi, saya cadangkan jika anda kerap mimpi seumpama itu, maka lebih afdal anda berjumpa dengan ustaz atau pengamal perubatan islam yang pakar dan diiktiraf untuk bertanya lebih lanjut. Jangan pulak pergi jumpe bomoh yang tidak diketahui statusnya. Bahaya..huhuhu~

putus kawan..


haha,...
hari ni aku sedih sangat...
sampai2 aku tak sedar yang air mata aku mengalirkan air mata..
bayangkan persahabatan yang dah lama terjalin sudah lama dari kecil...


::::AIN NABILAH???:::
kenapa..
aku dah anggap kau kawan aku...
walaupun aku tua seumur dari kau....

rahsia aku yang selama ni aku bagitahu kau , KENAPA?? kau bagitahu dia??

perlukah kau malukan aku macam tu????

aku dah cuba untuk maafkan kau ...
walaupun dah bnyak kali kau buat kesalahn terhadap aku... aku tetap maafkan kau..
aku tak kisah semua itu...
aku dah anggap kau macam adik aku...
tapi kenapa kau sanggup buat begini sama aku??
aku sedih tahu tak??

tak apa... aku tahan semua ni sebb mama kau pernah jadi ustazah aku... yg ajar aku ilmu dunia akhirat...
aku tak lupa tu...
tapi kenapa perangai kau macam tu...??
sebab lelaki jak.. huh~



::::::AZWAN AZIZIE~::::::

aku tak tahu apa nak cakap dengan kau sebenarnya...
apa yang aku cakap kat kau hari tu memang betul...
sejak kau keluar dari smakk aku dah lupa sedikit demi sedikit pasal kau...
tak faham aku dengan kau...

ya?? mungkin aku pernah sukakan kau... tapi itu sekadar cinta monyet jak...
kenapa kau tak faham ?
cukup lah sudah aku menderita kerana sukakan seseorang yang aku tahu takkan sukakan aku balik..
kalau lah kau tahu ..
orang yang bernama :::::ALIF AKRIAH ::::
adalah orang aku cintai seumur hidup aku...
tolong lah aku jangan salah faham...
jangan marahh..
please ... sebagai kawan kau...
aku mohon ... lupakan aku sebagai kawan kau yang dlu rapat dgn kau... :)





stories 'bout somethg~


ni banner dia...
ni plak... bila dorng dah kahwin... best gila .... sweet...

ni mereka dua study sma2 smpai tertdo..sweet gila... walupn llaki ni dia pndai n  prodigy... dy tetap jga tlg perempuan tu.. hehe
hari ni ak sangat2 bosan... berada di kampung bagaikan tak de orng yang ada smuanya bdak2.... adeh...
parah hdup ak..
dah la x tw nak buat cm na dgn ni blog...

nak mnta ajar pn ... mlu... org pn nak buat jgak dy pnya blog x kn nak hrp mnta bntuan orng lain kan... hha...
tapi bila dpt tngok
 PLAYFULL KISS @ NAUGHTY KISS :::


best tak terhingga....
dan itu menyebabkan ak lupa smuanya...


huh~

citer novel :: rekaan saya tw..

ni just nak try je... best atau tak.. hope you all comment.. BAB 1::: 

 “Aku terima nikahnya Aina Allyssa dengan mas kahwin RM 500 tunai.”lafaz Qayyum dengan hanya menyebut sekali lafaz. Dengan tersebutnya lafaz tersebut, kini Aina Allyssa sah menjadi isteri kepada Qayyum. Majlis yang sederhana mewah itu disambut dengan penuh meriah. Ramai tetamu yang memuji kedua-dua pengantin yang Nampak sedondon bila digandingkan bergandingkan bersama. 

         Reyna merasakan ada sebutir mutiara yang jatuh. Dari setitik sehinggalah ia menjadi deras seperti hujan yang jatuh dengan lebatnya. ‘kini, Ally dah jadi wife Qayyum. So, aku mesti lupakan dia’ desis hati Reyna.

         Reyna tidak berdaya lagi untuk melihat persandingan itu. Ia bagaikan batu yang menghempap dirinya sendiri. Perit dan sakit, itu yang dirasainya sekarang ini.Dia pun terus mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang pintu keluar Hotel Sutera Habour. Dia teringat rakannya,Ra Im yang berkata dia ingin menaja penerbangan pergi dan balik ke Sabah. 

         “Wei, yaya aku ada berita gembira ni.” Beritahu Ra Im dengan nada teruja. 

         “Ya, apa hal kau tak nampakkah aku busy ni.”

         “Ala sekejap sahaja. Cepat ! tengoklah ni. Apa aku pegang.”kata Ra Im sambil menunjukkan dua keping tiket penerbangan. 

           ‘Apa yang mengejutkan aku ialah itu bukan tiket Air Asia tetapi MAS . Selama ini aku selalu naik kapal terbang Air Asia pulang ke Sabah. Naik kapal terbang MAS merupakan impian aku. Macam mana Ra Im boleh tahu ni? Yang tahu just Qayyum. Tak kan lah Qayyum bagi tahu pulak?’kata Reyna dalam hati.

          “Wah, Ra Im dari mana kau dapat ni? Kita nak pergi mana ni?” soal Reyna mengerutkan kening. 

          “Beb, my beloved elder brother yang taja kita kita pergi sana. Entah apa yang merasuk dia sampai mahu belanja kita ni. Selalunya bila aku nak minta belanja mesti dia ada je excuse.”keluh Ra Im.

          “Hah, yang kau mengeluh ni kenapa? Okey lah along kau belanja kita.”kata Reyna gembira. 

           “Huh sukalah kau dapat naik kapal terbang MAS. Bukan itu impian kau ke?” 

           “Tapi, aku curious sangat ni. Dari mana kau tahu itu impian aku?”soal Reyna kehairanan.    

           “Hurm..”jawab Ra Im teragak-agak. 

           “Hah! You should tell me then. How do you know?”soal Reyna separuh mengugut.

 ‘KRINGGG’

       Bunyi telefon Reyna berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ra Im terpapar di hadapan skrin telefon. 

       “Yaya, kau kat mana ni? Biar aku cari kau kat mana.”kata Ra Im kerisauan.  

     “Tak payahlah aku sekarang nak bersendirian ni.”Reyna terus mematikan panggilan tersebut. 

      Sebaik sahaja Reyna ingin meneruskan perjalannya,Reyna terlihat kelibat Qayyum. Dia kelihatan cuba untuk memanggil Reyna yang berada 30 meter darinya sambil berlari anak-anak mengejarnya.

        “Nana, tunggu.Abang nak jelaskan semuanya.”rayu Qayyum mencapai tanganku.

         “Boleh tak jangan sentuh tangan saya. Penjelasan apa lagi? Saya tak perlukan penjelasan awak. Cukup-cukuplah selama ini awak buat perasaan saya hancur. Sampainya hati awak kahwin dengan Ally tanpa pengetahuan saya! Saya ingat awak dan Ally rapat atas dasar assaignment,tapi saya silap. Selama ini saya percayakan awak tapi apa yang saya dapat, awak tikam dari belakang.”luah Reyna dengan air mata yang berjuraian.

          “Abang tak bermaksud..” sebelum Qayyum meneruskan katanya Reyna cepat memotongnya 

          “Dahlah awak. Saya harap kita tak berjumpa lagi selepas ini dan bahagiakanlah isteri awak.”Kata Reyna penuh sayu.

          Reyna terus keluar dari hotel tersebut. Walaupun hatinya terguris dengan perkahwinan itu, tidak terdetik sedikit pun dalam hatinya untuk membalas dendam terhadap Ally. Dia tetap mendoakan kebahagian yang terbina Ally dan Qayyum.

          Apabila ternampak sebuah bas stop di tepi jalan tersebut, Reyna terus melabuhkan punggungnya di kerusi. Reyna baru perasan yang hujan tadi gerimis. Sekarang ia bagaikan turun dengan lebatnya dan yang mewakili hatiku yang tengah berombak dengan kuatnya melawan perasaanku sendiri. 

          Fikirannya terus menerawang mengingati kenangan-kenangan yang pernah tercipta dahulu. Reyna teringat kata-kata Qayyum,

       “Abang tak akan tinggalkan nana, walaupun terpaksa menyeberang ke Laut China Selatan. I love you, nana.”

        “Ada pula awak ni. Buat lawak pula. Hebat sangat lah awak ni kan sampai nak seberang Laut China Selatan. Tapi, betul ke ni?”soal nana.

        “Nana tak percaya ke? Nana boleh aje belah dada abang tengok hati abang kata. Aban yakin mesti hati itu tersemat nama Reyna Syaza.” Kata Qayyum meyakinkan Reyna. 

      “Yalah tu. Tak mungkinlah awak setia dengan saya. Banyak lagi perempuan yang cun kat luar sana.” Kataku yang dikawal dengan nada sayu.

       “Nana..”Panggil Qayyum. Aku pun bepaling menghadap Qayyum.

       “Kenapa cakap macam tu? Tak terlintas dalam fikiran pun nak menduakan nana. Nana ni first love abang. Susah untuk abang mencari cinta yang setia dan indah seperti apa yang abang rasai sekarang ni.”Qayyum yang ingin berlalu dari sana pantas dihalang oleh Reyna.

         “Ala awak ni baru aje nak main dengan awak. Saya nak merajuk pun tak jadilah. Awak pula yang merajuk. Tak adillah begini.”kata Reyna memuncungkan mulutnya.

          “Sorry my sweet heart .Abang joking je tadi. Nana jangan merajuk ek?”pujuk Qayyum. 

         Reyna tersenyum gembira sambil menunjukkan lesung pipit yang hanya terbentuk di pipi sebelah kiri. “Hah lagi satu lain kali jangan buat macam itu okey. Nanti abang cium baru tahu.”Qayyum memberi amaran sambil menudingkan jarinya ke arah mulut Reyna. 

         “Yalah, saya tak akan sesekali sakitkan hati awak. Tapi, bila benda tu terjadi pada saya siaplah awak.”tegas Reyna.

         Qayyum hanya tersenyum mendengar bebelan daripada mulut comel Reyna.Reyna mencebikkan mulutnya apabila terdengar sengihan Qayyum.

 ‘BUSSHH’ 

          Percikan air daripada kereta Mercedez Benz hitam mengejutkan Reyna daripada lamunannya. 

         “amboi, suka hati bapa dia je kenakan air tu kat aku. Dia ingat kereta dia besar dia boleh buat apa sahaja dia mahu. Isk, habis basah baju aku ni.”rungut Reyna seorang diri.

         “wei, beb apa kau buat ni? Dah lama hidup kah, nak mati ke apa ni? Rileks lah jangan lah drive laju macam ni . kecut perut aku kau tahu tak?”marah Aiman.

        “kau boleh duduk diam tak. Suka hati aku lah nak buat apa pun dan yang paling penting sekarang ni aku tak sedap hati pasal umi aku.”kata Adi. 

        “kenapa? Apa dah jadi dengan aunty? Kau tak bagi tahu aku apa-apa langsung. Terus aje kau tarik aku masuk dalam kereta kau ni. Macam mangsa kidnap je aku rasa.”bebel Aiman yang dikatakan dalam nada gurauan. 

         “tadi adik aku Adrianna ada call aku, she told me to come immediately. I think something urgent happen in our house.”ucap Adi. Keterangan yang diberikan oleh Adi itu membuatkan Aiman diam seribu kata. Masing-masing melayan perasaan tika itu. Aiman tidak lagi berani untuk bertanya dengan lebih lanjut.

a newbie

>btl2 penat gila buat blog ni... bila tekan TEMPLATE .. ;bnyak yg bermain d minda ak.. arrr apa nak buat pas ni.::::macm mna nak tukar LAYOUT dia ni.. susah gila ...
hampir nak putus asa pn ada...>bila kawan aku ... nama dia ZAHRINA bagi tahu macam gini... gini... gini.. tahu masalahnya aku... aku sanggup tanya kat kawan facebook aku ~shafie vahidi ~zul fadhli   "kmu tahu kah macam mana buat blog? ajar aku? adui.... muka x taw malu... btl2... walaupun ... banyak yg ak lalui untuk buat blog ni... ak tetap akan teruskan perjalanan aku... whehehe. seperti kata cikgu aku .. ya maybe kmu tak kenal...       nama dia CIKGU HALIJA ...       kita mesti teruskan perjuangan hidup kita... jikalau bukan kita yang menentukan hidup kita siapa lagi?? teeettt..... yang penting aku nak mulakan blog ni untuk meluahkan perasaan aku... maybe ada kawan baru yang mahu kawan dengan sya... hehe.. SNGAT dialu-alukan.. kehkeh... (macam penyambut tetemu la pula n_n