skip to main |
skip to sidebar
citer novel :: rekaan saya tw..
ni just nak try je...
best atau tak.. hope you all comment.. BAB 1:::
“Aku terima nikahnya Aina Allyssa dengan mas kahwin RM 500 tunai.”lafaz Qayyum dengan hanya menyebut sekali lafaz. Dengan tersebutnya lafaz tersebut, kini Aina Allyssa sah menjadi isteri kepada Qayyum. Majlis yang sederhana mewah itu disambut dengan penuh meriah. Ramai tetamu yang memuji kedua-dua pengantin yang Nampak sedondon bila digandingkan bergandingkan bersama.
Reyna merasakan ada sebutir mutiara yang jatuh. Dari setitik sehinggalah ia menjadi deras seperti hujan yang jatuh dengan lebatnya. ‘kini, Ally dah jadi wife Qayyum. So, aku mesti lupakan dia’ desis hati Reyna.
Reyna tidak berdaya lagi untuk melihat persandingan itu. Ia bagaikan batu yang menghempap dirinya sendiri. Perit dan sakit, itu yang dirasainya sekarang ini.Dia pun terus mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang pintu keluar Hotel Sutera Habour. Dia teringat rakannya,Ra Im yang berkata dia ingin menaja penerbangan pergi dan balik ke Sabah.
“Wei, yaya aku ada berita gembira ni.” Beritahu Ra Im dengan nada teruja.
“Ya, apa hal kau tak nampakkah aku busy ni.”
“Ala sekejap sahaja. Cepat ! tengoklah ni. Apa aku pegang.”kata Ra Im sambil menunjukkan dua keping tiket penerbangan.
‘Apa yang mengejutkan aku ialah itu bukan tiket Air Asia tetapi MAS . Selama ini aku selalu naik kapal terbang Air Asia pulang ke Sabah. Naik kapal terbang MAS merupakan impian aku. Macam mana Ra Im boleh tahu ni? Yang tahu just Qayyum. Tak kan lah Qayyum bagi tahu pulak?’kata Reyna dalam hati.
“Wah, Ra Im dari mana kau dapat ni? Kita nak pergi mana ni?” soal Reyna mengerutkan kening.
“Beb, my beloved elder brother yang taja kita kita pergi sana. Entah apa yang merasuk dia sampai mahu belanja kita ni. Selalunya bila aku nak minta belanja mesti dia ada je excuse.”keluh Ra Im.
“Hah, yang kau mengeluh ni kenapa? Okey lah along kau belanja kita.”kata Reyna gembira.
“Huh sukalah kau dapat naik kapal terbang MAS. Bukan itu impian kau ke?”
“Tapi, aku curious sangat ni. Dari mana kau tahu itu impian aku?”soal Reyna kehairanan.
“Hurm..”jawab Ra Im teragak-agak.
“Hah! You should tell me then. How do you know?”soal Reyna separuh mengugut.
‘KRINGGG’
Bunyi telefon Reyna berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ra Im terpapar di hadapan skrin telefon.
“Yaya, kau kat mana ni? Biar aku cari kau kat mana.”kata Ra Im kerisauan.
“Tak payahlah aku sekarang nak bersendirian ni.”Reyna terus mematikan panggilan tersebut.
Sebaik sahaja Reyna ingin meneruskan perjalannya,Reyna terlihat kelibat Qayyum. Dia kelihatan cuba untuk memanggil Reyna yang berada 30 meter darinya sambil berlari anak-anak mengejarnya.
“Nana, tunggu.Abang nak jelaskan semuanya.”rayu Qayyum mencapai tanganku.
“Boleh tak jangan sentuh tangan saya. Penjelasan apa lagi? Saya tak perlukan penjelasan awak. Cukup-cukuplah selama ini awak buat perasaan saya hancur. Sampainya hati awak kahwin dengan Ally tanpa pengetahuan saya! Saya ingat awak dan Ally rapat atas dasar assaignment,tapi saya silap. Selama ini saya percayakan awak tapi apa yang saya dapat, awak tikam dari belakang.”luah Reyna dengan air mata yang berjuraian.
“Abang tak bermaksud..” sebelum Qayyum meneruskan katanya Reyna cepat memotongnya
“Dahlah awak. Saya harap kita tak berjumpa lagi selepas ini dan bahagiakanlah isteri awak.”Kata Reyna penuh sayu.
Reyna terus keluar dari hotel tersebut. Walaupun hatinya terguris dengan perkahwinan itu, tidak terdetik sedikit pun dalam hatinya untuk membalas dendam terhadap Ally. Dia tetap mendoakan kebahagian yang terbina Ally dan Qayyum.
Apabila ternampak sebuah bas stop di tepi jalan tersebut, Reyna terus melabuhkan punggungnya di kerusi.
Reyna baru perasan yang hujan tadi gerimis. Sekarang ia bagaikan turun dengan lebatnya dan yang mewakili hatiku yang tengah berombak dengan kuatnya melawan perasaanku sendiri.
Fikirannya terus menerawang mengingati kenangan-kenangan yang pernah tercipta dahulu. Reyna teringat kata-kata Qayyum,
“Abang tak akan tinggalkan nana, walaupun terpaksa menyeberang ke Laut China Selatan. I love you, nana.”
“Ada pula awak ni. Buat lawak pula. Hebat sangat lah awak ni kan sampai nak seberang Laut China Selatan. Tapi, betul ke ni?”soal nana.
“Nana tak percaya ke? Nana boleh aje belah dada abang tengok hati abang kata. Aban yakin mesti hati itu tersemat nama Reyna Syaza.” Kata Qayyum meyakinkan Reyna.
“Yalah tu. Tak mungkinlah awak setia dengan saya. Banyak lagi perempuan yang cun kat luar sana.” Kataku yang dikawal dengan nada sayu.
“Nana..”Panggil Qayyum. Aku pun bepaling menghadap Qayyum.
“Kenapa cakap macam tu? Tak terlintas dalam fikiran pun nak menduakan nana. Nana ni first love abang. Susah untuk abang mencari cinta yang setia dan indah seperti apa yang abang rasai sekarang ni.”Qayyum yang ingin berlalu dari sana pantas dihalang oleh Reyna.
“Ala awak ni baru aje nak main dengan awak. Saya nak merajuk pun tak jadilah. Awak pula yang merajuk. Tak adillah begini.”kata Reyna memuncungkan mulutnya.
“Sorry my sweet heart .Abang joking je tadi. Nana jangan merajuk ek?”pujuk Qayyum.
Reyna tersenyum gembira sambil menunjukkan lesung pipit yang hanya terbentuk di pipi sebelah kiri.
“Hah lagi satu lain kali jangan buat macam itu okey. Nanti abang cium baru tahu.”Qayyum memberi amaran sambil menudingkan jarinya ke arah mulut Reyna.
“Yalah, saya tak akan sesekali sakitkan hati awak. Tapi, bila benda tu terjadi pada saya siaplah awak.”tegas Reyna.
Qayyum hanya tersenyum mendengar bebelan daripada mulut comel Reyna.Reyna mencebikkan mulutnya apabila terdengar sengihan Qayyum.
‘BUSSHH’
Percikan air daripada kereta Mercedez Benz hitam mengejutkan Reyna daripada lamunannya.
“amboi, suka hati bapa dia je kenakan air tu kat aku. Dia ingat kereta dia besar dia boleh buat apa sahaja dia mahu. Isk, habis basah baju aku ni.”rungut Reyna seorang diri.
“wei, beb apa kau buat ni? Dah lama hidup kah, nak mati ke apa ni? Rileks lah jangan lah drive laju macam ni . kecut perut aku kau tahu tak?”marah Aiman.
“kau boleh duduk diam tak. Suka hati aku lah nak buat apa pun dan yang paling penting sekarang ni aku tak sedap hati pasal umi aku.”kata Adi.
“kenapa? Apa dah jadi dengan aunty? Kau tak bagi tahu aku apa-apa langsung. Terus aje kau tarik aku masuk dalam kereta kau ni. Macam mangsa kidnap je aku rasa.”bebel Aiman yang dikatakan dalam nada gurauan.
“tadi adik aku Adrianna ada call aku, she told me to come immediately. I think something urgent happen in our house.”ucap Adi.
Keterangan yang diberikan oleh Adi itu membuatkan Aiman diam seribu kata. Masing-masing melayan perasaan tika itu. Aiman tidak lagi berani untuk bertanya dengan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment